BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

SaLaM

AsSaLaMuAlaIkuM, apo khabar?? Alhamdulillah kalau sihat, kalau tak sihat insya-Allah akan sembuh... Pernah dengar berita tak pasal sejadah duduk macam org tgh solat? Pernahkan? Kalau difikirkan-fikirkan, sapa yg buat? Jin atau manusia? Pernah terfikir tak? Tapi itu tak penting, yang penting terapkan dalam fikiran kita mungkin sapa-sapa yang buat tu suruh kita solat... Solat tu wajib kita lakukan maksud wajib ni bila kita lakukan sesuatu tu dapat pahala bila tak buat berdosalah... Janganlah fikir yang bukan-bukan sampai syirik.. Syirik tu menyekutukan Allah... Allah takkan maafkan orang yang syirik ni, sebab mungkin Allah marah... Jadi janganlah melakukan perbuatan yang syirik ni ye.. Dengar nasihat den ni yo.... Den ni nasihat bukan untuk suka-suka tapi untuk kebaikan semua... Kita nikan saudara sesama Islam jadi kita kena sentiasalah mengingatkan antara satu sama lain.. Kalau ada silap dan salah saya minta maaf dan komen-komenlah ye kalau ada salah...Wassalam...

Friday, October 16, 2009

Salam...

Assalamualaikum semua umat Islam dan slmt pg...apa khabar?boleh ku bantu??(ceh jadi mcm professor klon lak dlm Cicakman tu)...Hari ni nak taip apa erk??Dah dapat idea iaitu adab dengan guru..tak kiralah berguru dengan sapa tapi janganlah guru yang sesat ye..hehheehe..Kita mesti sentiasa menghormati guru macam kita hormat ibu bapa kita kerana guru ialah orang yang kedua selepas ibu bapa yang mendidik kita...Tak kiralah kita hormat guru di mana-mana sahaja,di kawasan sekolah ke luar sekolah ke..mesti ada adab...Pertama apabila kita terjumpa dengan guru ucapkan salam ataupun selamat pagi...Kedua,di luar sekolah kalau kita terserempak dengan guru ucapkan salam dan tanyakan khabar ye...ketiga,semasa berada dalam kelas tumpukan perhatian dalam kelas jgn bercakap bila tak perlu sangatlah..kalau tak faham tanyalah cikgu dengan sopan..kalau kita tak tumpukan perhatian dalam kelas bercakap je itu namanya tak sopan tu...Keempat masa cikgu menggantikan guru yang tiada dan walaupun dia tak mengajar janganlah lari sana sini,terjerit-jerit mengilai-ngilai tak sopantuh...cakap tu berbisik-bisiklah sikit perlahan-lahan sikit..ini terjerit-jerit ingat org tak dongar ko...oklah itu sahaja saya nak sampaikan kalau ada silap dan salah komen-komenlah ye....ilmu ni kena kongsi ye..Wassalam...

Sunday, October 4, 2009

Assalamualaikum...

Assalamualaikum!Apa khabar??Kalau sihat Alhamdulillah...hari ni tak de cerita apa-apa sangat...nak cerita apa erk??Hmm...Apa ye??Datanglah ke Negeri Sembilan...Negeri Sembilan ni tempat tinggal saya....Lawatlah kat sini jugak asyik lawat Melaka je...hehehe..Negeri Sembilan pun ada laut jugak....Kita ni sebagai rakyat Malaysia lawatlah satu Malaysia dulu,barulah pegi negara lain...Malaysia pun ada banyak keistimewaan contohnya, tak da gunung berapi tapi kat Indonesia ada gunung berapi..Hah..tulah istimewanya Malaysia ni...(apolah den cakap ni) Hehhehe..Tu jelah saya nak bagitahu...saya pun belum lawat satu Malaysia ni... kecuali Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Melaka (selalu pegi ni) ,Negeri Sembilan (mmglah tinggal sini) tu je saya ingat...Oklah itu sahaja,maaf jika ada kesilapan dan kesalahan bahasa ataupun apa-apalah...Wassalam...