BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009

Salam......

Assalamualaikum,semua pembaca..apa khabar?Alhamdulillah kalau sihat,kalau tak sihat makan ubat supaya cepat sembuh,maksud saya ubat tu bukan penyembuh kita,tapi Allah yang menyembuhkan kita,ubat tu cuma ikhtiar dan usaha untuk jadi sihat...Jangan salah faham ya...Hari ni saya belum fikir lagi nak cerita apa...tapi saya nak luahkan rasa hati saya ni....rasa marah ada,tapi sabar jelah...

Kartun jepun...Mesti semua pembaca pernah tengokkan??Mesti selalu tengokkan??Tapi saya bukan nak larang,cuma jangan selalu tengok nanti terpengaruh pulak...apatah lagi kanak-kanak dengan remaja cepat terpengaruh.....Kartun jepun saya tengok banyak kesan negatif ada,memanglah cara dia sopan,tapi dari segi lukisan kartun tu,banyak betul kesan negatif,faham-faham jelahkan,selalu tengokkan...tapi kartun orang putih ok sikitlah....Jadi saya mengesyorkan tengoklah KARTUN TEMPATAN,TAK DA KESAN NEGATIF PUNYA.....BAIK PUNYA...Jadi ibu bapa kena selalu pantau anak-anak tengok cerita apa,supaya boleh tegur...nanti kalau biar je,hmm,mesti tahu akibatnya kan...

Hah!!Lagi satu,cerita filem tempatan ni,(banyak komen pulak aku ni)janganlah ikut stail cerita luar negara,orang pakai tu,orang tu pun nak pakai tu jugak adoiyai,buatlah cerita original jangan cerita spicy...hehhehe....macam cerita superhero,ish tak yahlah buat cerita superhero tu pakai perisai,buatlah cerita superhero pakai baju biasa,tak dalah kita nak selamatkan orang tu lambat-lambat,ish,(superhero ke aku ni)ceh,tak dalah...lagi satu hmm..ada satu cerita ni paling aku tak suka...hmm....kalau buat cerita tu pakailah baju elok sikit,dahlah orang Melayu,tapi pakaian masya-Allah hanya Allah saja yang tahu...buatlah cerita yang elok-elok sikit pakaian tu,jangan lupa perlakuan kena elok juga,macam orang kata semua kena eloklah....cerita tempatan ni kena asli,tak da tiruan tak da ciplak ye...itu saja,kalau ada silap dan salah saya minta maaf,Assalamualaikum semua umat Islam dan salam sejahtera....

Tuesday, September 22, 2009

Sedarlah...

Assalamualaikum!!Hai,nama saya Hang Tuah... Apo khabar??Kalau sihat,Alhamdulillah... Hmm...ada satu cerita ni..nak baca tak??Kalau nak baca,bacalah..kalau tak nak baca sudah... Cerita ni betul ye kawan-kawan...eh banyak cakap pulak aku ni...korang meti tak sabar-sabarkan??Kan??Kan??Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin....Cerita dia macam ni:

Ada seorang perempuan ni,kebolehan dia boleh nampak makhluk halus....Pada suatu hari dia pergi satu majlis jamuan makan...Tiba-tiba..jeng!!jeng!!Dia nampak seorang hamba Allah masuk pintu masuk tu,perempuan 1 tu asyik tengok kat belakang dia je,nak tahu sebabnya??Sebab di belakang hamba Allah tu,ada makhluk halus ikut dia...Perempuan 1 tu perhati saja kat belakang dia,pada masa yang sama,ada seorang perempuan 2 lagi ni perhati je bola mata perempuan 1 yang boleh nampak tu...dia fikir kenapa??Kemudian,perempuan 1 itu tengok perempuan 2 yang nampak dia tadi..nak tahu sebab kenapa??nak tahu??nak tahu??sebab makhluk halus tu pergi kat perempuan 2 ni,dan bertenggek kat atas leher, dia nak masuk dalam badan perempuan 2 tu,tetapi tak boleh nak masuk..Perempuan 2 tu pun rasa berat je leher dia macam ada benda bertenggek, lepas tu dia cakap kat benda tu suruh pergi,tempat tu bukan tempat dia....lepas tu,benda tu pun pegi....korang nak tahu tak sebab kenapa benda tu tak boleh masuk dalam perempuan 2??Sebab perempuan 2 tu selalu baca Al-Quran,sebab tulah makhluk halus tu tak boleh masuk....Moralnya,bacalah Al-Quran selalu,Allah akan melindungi kita daripada kejahatan makhluk halus...JANGAN BACA SAJA,KALAU BACA SAJA,TAK FAHAM,SIA-SIA SAHAJA,BACALAH TAFSIR AL-QURAN FAHAMKAN APA YANG KITA BACA....itu sahaja harap pembaca faham cerita ni,kalau tak faham,saya minta maaf,saya ni baru belajar... Wassalam...

2=dua ye bukan tu...

Tuesday, September 15, 2009

hmmm....entahlah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,nama samaran saya ialah Hang Tuah,nama sebenar saya sebenar saya tak payah tahu.Saya nak complain pasal cerita-cerita kat tv sekarang ni,haish buat saya marah adalah, ada pengarah-pengarah sekarang ni,buat cerita yang memberi banyak kesan negatif.Bukannya apa,orang zaman sekarang ni mudah terpengaruh dengan cerita-cerita negatif ataupun positif, apatah lagi remaja-remaja dan kanak-kanak.Ada tu cerita hantu,budak-budak pun mudahlah takut dengan hantu-hantu,padahal hantu mana ada wujud cuma jin dan syaitan yang menyerupainya,budak-budak ni lebih takut hantu daripada Allah.Itulah saya risau....Saya nasihatkan pengarah-pengarah semua buatlah cerita yang memberi kesan positif,janganlah terlalu ikut cerita-cerita negara luar, negara mereka dengan negara kita lain, jadi budaya pun lain.Hmm...jangan marah,saya cuma tegur saja.