BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 22, 2009

Sedarlah...

Assalamualaikum!!Hai,nama saya Hang Tuah... Apo khabar??Kalau sihat,Alhamdulillah... Hmm...ada satu cerita ni..nak baca tak??Kalau nak baca,bacalah..kalau tak nak baca sudah... Cerita ni betul ye kawan-kawan...eh banyak cakap pulak aku ni...korang meti tak sabar-sabarkan??Kan??Kan??Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin....Cerita dia macam ni:

Ada seorang perempuan ni,kebolehan dia boleh nampak makhluk halus....Pada suatu hari dia pergi satu majlis jamuan makan...Tiba-tiba..jeng!!jeng!!Dia nampak seorang hamba Allah masuk pintu masuk tu,perempuan 1 tu asyik tengok kat belakang dia je,nak tahu sebabnya??Sebab di belakang hamba Allah tu,ada makhluk halus ikut dia...Perempuan 1 tu perhati saja kat belakang dia,pada masa yang sama,ada seorang perempuan 2 lagi ni perhati je bola mata perempuan 1 yang boleh nampak tu...dia fikir kenapa??Kemudian,perempuan 1 itu tengok perempuan 2 yang nampak dia tadi..nak tahu sebab kenapa??nak tahu??nak tahu??sebab makhluk halus tu pergi kat perempuan 2 ni,dan bertenggek kat atas leher, dia nak masuk dalam badan perempuan 2 tu,tetapi tak boleh nak masuk..Perempuan 2 tu pun rasa berat je leher dia macam ada benda bertenggek, lepas tu dia cakap kat benda tu suruh pergi,tempat tu bukan tempat dia....lepas tu,benda tu pun pegi....korang nak tahu tak sebab kenapa benda tu tak boleh masuk dalam perempuan 2??Sebab perempuan 2 tu selalu baca Al-Quran,sebab tulah makhluk halus tu tak boleh masuk....Moralnya,bacalah Al-Quran selalu,Allah akan melindungi kita daripada kejahatan makhluk halus...JANGAN BACA SAJA,KALAU BACA SAJA,TAK FAHAM,SIA-SIA SAHAJA,BACALAH TAFSIR AL-QURAN FAHAMKAN APA YANG KITA BACA....itu sahaja harap pembaca faham cerita ni,kalau tak faham,saya minta maaf,saya ni baru belajar... Wassalam...

2=dua ye bukan tu...

0 comments: