BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum!! Apo khabar? Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam. Semoga disambut dengan gembira dan rasa bersyukur kepada Allah sebab kita dapat menyambutnya. Tengoklah keadaan banjir kat Terengganu dan Kelantan, mereka kat sana tak dapat sambut tapi sambut dengan apa yang mampu.. Jadi kita jadikanlah iktibar.. Masa sambut tu jangan lupa dunia pulak.. Kita sambut raya ni bukan sahaja untuk seronok tapi terapkan juga rasa bersyukur kepada Allah.. Solat jangan lupa.. Amanah kita tetap mesti dijalankan.. Oklah itu sahaja saya nak kongsi, jikalau ada silap dan salah tegur ye.. Saya tak marah.. Ilmu ni kena kongsi.. Wassalam :)

Saturday, November 7, 2009

Sembahlah Allah

Assalamualaikum!!Apo khabar?Kalau sihat Alhamdulillah... Hmm... nak cerita pasal apa ye hari ni? Cerita jelah.. semua benda kat dunia ni tak terjadi dengan sendiri..betul tak? Mestilah betul sebab Allah S.W.T yang jadikan semua ni... Pernah terfikir tak patung tak boleh bercakapkan?bergerakkan? berkuasakan? Itulah zaman-zaman dulu,suka menyembah berhala..padahal berhala tu pun bukannya boleh bercakap,bergerak,berkuasa ... betul tak? Pernah nampak tak patung tu boleh bercakap, bergerak, berjalan berlari..tak pernahkan? Jadi sembahlah hanya DIA IAITU ALLAH...walaupun kita tak nampak Dia tapi Dia nampak kita,Dia lihat apa yang kita buat,Dia ciptakan semua yang ada di dunia ni,Dia berikan kita nikmat yang banyak.. walaupun kita ni jahat tapi Dia tetap sayang kita... tapi kalau buat jahat banyak2 pun nanti Allah marah.. kalau sempat bertaubatlah sebab ALLAH tu Maha Pengampun...Maha Penyayang, tahu tak apa maksud Maha tu?? Maha tu maksudnya perkataan tu melebihi sangat terlalu,terlebih..tapi Maha ni hanya sesuai untuk Dia iaitu Allah.. jadi sembahlah Allah... Wallahualam.. itu sahaja saya nak kongsi...

Tuesday, October 27, 2009

SaLaM

AsSaLaMuAlaIkuM, apo khabar?? Alhamdulillah kalau sihat, kalau tak sihat insya-Allah akan sembuh... Pernah dengar berita tak pasal sejadah duduk macam org tgh solat? Pernahkan? Kalau difikirkan-fikirkan, sapa yg buat? Jin atau manusia? Pernah terfikir tak? Tapi itu tak penting, yang penting terapkan dalam fikiran kita mungkin sapa-sapa yang buat tu suruh kita solat... Solat tu wajib kita lakukan maksud wajib ni bila kita lakukan sesuatu tu dapat pahala bila tak buat berdosalah... Janganlah fikir yang bukan-bukan sampai syirik.. Syirik tu menyekutukan Allah... Allah takkan maafkan orang yang syirik ni, sebab mungkin Allah marah... Jadi janganlah melakukan perbuatan yang syirik ni ye.. Dengar nasihat den ni yo.... Den ni nasihat bukan untuk suka-suka tapi untuk kebaikan semua... Kita nikan saudara sesama Islam jadi kita kena sentiasalah mengingatkan antara satu sama lain.. Kalau ada silap dan salah saya minta maaf dan komen-komenlah ye kalau ada salah...Wassalam...

Friday, October 16, 2009

Salam...

Assalamualaikum semua umat Islam dan slmt pg...apa khabar?boleh ku bantu??(ceh jadi mcm professor klon lak dlm Cicakman tu)...Hari ni nak taip apa erk??Dah dapat idea iaitu adab dengan guru..tak kiralah berguru dengan sapa tapi janganlah guru yang sesat ye..hehheehe..Kita mesti sentiasa menghormati guru macam kita hormat ibu bapa kita kerana guru ialah orang yang kedua selepas ibu bapa yang mendidik kita...Tak kiralah kita hormat guru di mana-mana sahaja,di kawasan sekolah ke luar sekolah ke..mesti ada adab...Pertama apabila kita terjumpa dengan guru ucapkan salam ataupun selamat pagi...Kedua,di luar sekolah kalau kita terserempak dengan guru ucapkan salam dan tanyakan khabar ye...ketiga,semasa berada dalam kelas tumpukan perhatian dalam kelas jgn bercakap bila tak perlu sangatlah..kalau tak faham tanyalah cikgu dengan sopan..kalau kita tak tumpukan perhatian dalam kelas bercakap je itu namanya tak sopan tu...Keempat masa cikgu menggantikan guru yang tiada dan walaupun dia tak mengajar janganlah lari sana sini,terjerit-jerit mengilai-ngilai tak sopantuh...cakap tu berbisik-bisiklah sikit perlahan-lahan sikit..ini terjerit-jerit ingat org tak dongar ko...oklah itu sahaja saya nak sampaikan kalau ada silap dan salah komen-komenlah ye....ilmu ni kena kongsi ye..Wassalam...

Sunday, October 4, 2009

Assalamualaikum...

Assalamualaikum!Apa khabar??Kalau sihat Alhamdulillah...hari ni tak de cerita apa-apa sangat...nak cerita apa erk??Hmm...Apa ye??Datanglah ke Negeri Sembilan...Negeri Sembilan ni tempat tinggal saya....Lawatlah kat sini jugak asyik lawat Melaka je...hehehe..Negeri Sembilan pun ada laut jugak....Kita ni sebagai rakyat Malaysia lawatlah satu Malaysia dulu,barulah pegi negara lain...Malaysia pun ada banyak keistimewaan contohnya, tak da gunung berapi tapi kat Indonesia ada gunung berapi..Hah..tulah istimewanya Malaysia ni...(apolah den cakap ni) Hehhehe..Tu jelah saya nak bagitahu...saya pun belum lawat satu Malaysia ni... kecuali Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Melaka (selalu pegi ni) ,Negeri Sembilan (mmglah tinggal sini) tu je saya ingat...Oklah itu sahaja,maaf jika ada kesilapan dan kesalahan bahasa ataupun apa-apalah...Wassalam...

Thursday, September 24, 2009

Salam......

Assalamualaikum,semua pembaca..apa khabar?Alhamdulillah kalau sihat,kalau tak sihat makan ubat supaya cepat sembuh,maksud saya ubat tu bukan penyembuh kita,tapi Allah yang menyembuhkan kita,ubat tu cuma ikhtiar dan usaha untuk jadi sihat...Jangan salah faham ya...Hari ni saya belum fikir lagi nak cerita apa...tapi saya nak luahkan rasa hati saya ni....rasa marah ada,tapi sabar jelah...

Kartun jepun...Mesti semua pembaca pernah tengokkan??Mesti selalu tengokkan??Tapi saya bukan nak larang,cuma jangan selalu tengok nanti terpengaruh pulak...apatah lagi kanak-kanak dengan remaja cepat terpengaruh.....Kartun jepun saya tengok banyak kesan negatif ada,memanglah cara dia sopan,tapi dari segi lukisan kartun tu,banyak betul kesan negatif,faham-faham jelahkan,selalu tengokkan...tapi kartun orang putih ok sikitlah....Jadi saya mengesyorkan tengoklah KARTUN TEMPATAN,TAK DA KESAN NEGATIF PUNYA.....BAIK PUNYA...Jadi ibu bapa kena selalu pantau anak-anak tengok cerita apa,supaya boleh tegur...nanti kalau biar je,hmm,mesti tahu akibatnya kan...

Hah!!Lagi satu,cerita filem tempatan ni,(banyak komen pulak aku ni)janganlah ikut stail cerita luar negara,orang pakai tu,orang tu pun nak pakai tu jugak adoiyai,buatlah cerita original jangan cerita spicy...hehhehe....macam cerita superhero,ish tak yahlah buat cerita superhero tu pakai perisai,buatlah cerita superhero pakai baju biasa,tak dalah kita nak selamatkan orang tu lambat-lambat,ish,(superhero ke aku ni)ceh,tak dalah...lagi satu hmm..ada satu cerita ni paling aku tak suka...hmm....kalau buat cerita tu pakailah baju elok sikit,dahlah orang Melayu,tapi pakaian masya-Allah hanya Allah saja yang tahu...buatlah cerita yang elok-elok sikit pakaian tu,jangan lupa perlakuan kena elok juga,macam orang kata semua kena eloklah....cerita tempatan ni kena asli,tak da tiruan tak da ciplak ye...itu saja,kalau ada silap dan salah saya minta maaf,Assalamualaikum semua umat Islam dan salam sejahtera....

Tuesday, September 22, 2009

Sedarlah...

Assalamualaikum!!Hai,nama saya Hang Tuah... Apo khabar??Kalau sihat,Alhamdulillah... Hmm...ada satu cerita ni..nak baca tak??Kalau nak baca,bacalah..kalau tak nak baca sudah... Cerita ni betul ye kawan-kawan...eh banyak cakap pulak aku ni...korang meti tak sabar-sabarkan??Kan??Kan??Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin....Cerita dia macam ni:

Ada seorang perempuan ni,kebolehan dia boleh nampak makhluk halus....Pada suatu hari dia pergi satu majlis jamuan makan...Tiba-tiba..jeng!!jeng!!Dia nampak seorang hamba Allah masuk pintu masuk tu,perempuan 1 tu asyik tengok kat belakang dia je,nak tahu sebabnya??Sebab di belakang hamba Allah tu,ada makhluk halus ikut dia...Perempuan 1 tu perhati saja kat belakang dia,pada masa yang sama,ada seorang perempuan 2 lagi ni perhati je bola mata perempuan 1 yang boleh nampak tu...dia fikir kenapa??Kemudian,perempuan 1 itu tengok perempuan 2 yang nampak dia tadi..nak tahu sebab kenapa??nak tahu??nak tahu??sebab makhluk halus tu pergi kat perempuan 2 ni,dan bertenggek kat atas leher, dia nak masuk dalam badan perempuan 2 tu,tetapi tak boleh nak masuk..Perempuan 2 tu pun rasa berat je leher dia macam ada benda bertenggek, lepas tu dia cakap kat benda tu suruh pergi,tempat tu bukan tempat dia....lepas tu,benda tu pun pegi....korang nak tahu tak sebab kenapa benda tu tak boleh masuk dalam perempuan 2??Sebab perempuan 2 tu selalu baca Al-Quran,sebab tulah makhluk halus tu tak boleh masuk....Moralnya,bacalah Al-Quran selalu,Allah akan melindungi kita daripada kejahatan makhluk halus...JANGAN BACA SAJA,KALAU BACA SAJA,TAK FAHAM,SIA-SIA SAHAJA,BACALAH TAFSIR AL-QURAN FAHAMKAN APA YANG KITA BACA....itu sahaja harap pembaca faham cerita ni,kalau tak faham,saya minta maaf,saya ni baru belajar... Wassalam...

2=dua ye bukan tu...